Saturday, January 29, 2011

Tempat Membeli Buah Kelapa Sawit...

Dalam beberapa minggu yang lepas, Saya telah berkunjung ke pusat membeli buah kelapa sawit, Shamieda Jaya Enterprise yang baru dibuka pada awal bulan yang lalu.. Pemiliknya adalah merupakan sepupu saya sendiri, dimana dia mempunyai pengalaman yang luas di dalam pengurusan ladang. Ini merupakan suatu kejayaan baginya kerana hasratnya untuk membuka pusat belian buah kelapa sawit berjaya dilakukan...

Pada pemerhatian saya, ramai pekebun kecil yang menjual hasil mereka kepadanya.. ditambah pula keadaan sekarang harganya yang meningkat, ini telah mendorong pekebun sekitar untuk mengeluarkan hasil mereka pada kadar yang lebih cepat bagi mengaut keuntungan.

Bagi sesiapa yang ingin menjual hasil kelapa sawit mereka & berhampiran dengan tempat berkenaan, boleh la pergi ke sana.. :-)

Shamieda Jaya Enterprise
Lot 2684, Batu 16, mukim Batu Kurau,
Batu Kurau, Perak
Tel :- 05-8880316

 Sakimi (Pengurus)  :-  019-5979578 , 017-4250105


Tahniah Bro.. ;-)

Friday, January 28, 2011

Tips Tanaman Di Rumah...

Bagi seseorang yang berminat untuk menanam pokok bunga kertas (Bougainvillea spp.) dan ingin menjadiikan tanaman berkenaan berbunga lebat seperti ini... :-)


Untuk mendapatkan bunga yang lebat seperti ini, anda perlu meletakkan tanaman ini di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Selain itu, baja  yang berkomposisi 12-12-17-2+Te boleh digunakan bagi menggalakkan proses berbunga. Kurangkan siraman juga turut membantu bagi melebatkan bunga..

Bagi pokok yang ditanam di dalam pasu, tanah perlu ditukar bagi setiap beberapa lama untuk memudahkan pokok membentuk akar - akar baru. Tanah juga perlu digembur sebelum melakukan proses pembajaan. Bagi mendapatkan hasil yang baik, pembajaan dilakukan 2 -3 minggu sekali dengan kadar yang bersesuaian..

Selamat Mencuba... ;-)

Kenaikan Harga Getah & Kelapa Sawit...

Kenaikan harga getah & kelapa sawit sejak akhir-akhir ini banyak memberi peluang kepada pekebun kecil untuk mengumpul wang. tetapi sejauh manakah keadaan ini akan berterusan..

Harga getah dipasaran sering kali mengalami keadaan turun naik harga yang tidak menentu, kadangakala kejatuhan harga getah sukar untuk dijangkakan. Keadaan cuaca yang sering hujan pada masa ini banyak mendorong untuk menaikkan lagi harga getah dipasaran.
Bagaimana pula dengan pekebun yang mempunyai tanaman kelapa sawit...
kenaikan harga kelapa sawit dipasaran turut menyumbang kepada pertambahan pendapatan pekebun.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berpendapat  penanaman kelapa sawit adalah lebih menguntungkan berbanding getah kerana harganya mencapai RM 700-800 / 1 tan.. Pendapatan antara pekebun getah dan kelapa sawit adalah berdasarkan keluasan kebun dan bilangan pokok. Kedua-duanya tanaman berkenaan adalah menguntungkan. Jika mempunyai kedua-dua tanaman tersebut, adalah lebih menguntungkan..

Pada pendapat saya, memiliki kedua - duanya sekali adalah lebih baik.. Jika harga getah jatuh, harga kelapa sawit masih mampu untuk menampung pendapatan saya, begitulah jika sebaliknya...  :-)

Monday, January 3, 2011

Tanaman Kelapa Sawit....

PMJ telah menanam pokok kelapa sawit di kawasan seluas 10 ekar dan menyelenggara tanaman berkenaan sehingga pokok berusia 3 tahun..Ia melibatkan proses pembajaan, kawalan rumpai dan kawalan perosak pada tanaman..

Peringkat Awal Penanaman 

 
Kawalan Rumpai


Pembajaan