Friday, January 28, 2011

Kenaikan Harga Getah & Kelapa Sawit...

Kenaikan harga getah & kelapa sawit sejak akhir-akhir ini banyak memberi peluang kepada pekebun kecil untuk mengumpul wang. tetapi sejauh manakah keadaan ini akan berterusan..

Harga getah dipasaran sering kali mengalami keadaan turun naik harga yang tidak menentu, kadangakala kejatuhan harga getah sukar untuk dijangkakan. Keadaan cuaca yang sering hujan pada masa ini banyak mendorong untuk menaikkan lagi harga getah dipasaran.
Bagaimana pula dengan pekebun yang mempunyai tanaman kelapa sawit...
kenaikan harga kelapa sawit dipasaran turut menyumbang kepada pertambahan pendapatan pekebun.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berpendapat  penanaman kelapa sawit adalah lebih menguntungkan berbanding getah kerana harganya mencapai RM 700-800 / 1 tan.. Pendapatan antara pekebun getah dan kelapa sawit adalah berdasarkan keluasan kebun dan bilangan pokok. Kedua-duanya tanaman berkenaan adalah menguntungkan. Jika mempunyai kedua-dua tanaman tersebut, adalah lebih menguntungkan..

Pada pendapat saya, memiliki kedua - duanya sekali adalah lebih baik.. Jika harga getah jatuh, harga kelapa sawit masih mampu untuk menampung pendapatan saya, begitulah jika sebaliknya...  :-)

No comments:

Post a Comment